Kulit sangat gatal?
Berkeruping?
Ruam?
Pelbagai penyakit yang mempunyai tanda-tanda di atas. Antaranya ialah:-
Scabies (Kudis Buta)
Segala benda berkait dengan hama scabies (cth: air liur, telur, najis dan hama itu sendiri) boleh menyebabkan tindak balas badan menghasilkan ruam dan kegatalan yang sangat teruk. Bila dijangkiti bukan terus dapat tanda-tanda tu tau, biasanya tanda-tanda akan timbul purata selepas 3-4 minggu dijangkiti. Tapi kalau terkena jangkitan yang berikutnya, tanda-tanda akan muncul selepas 24-48jam dijangkiti.
Kebiasaanya, golongan dewasa yang sihat, ruam tidak banyak kelihatan serta tidak melibatkan kawasan muka dan kepala. Tetapi berbeza dengan kanak-kanak/orang tua, ruam lebih banyak dan adakalanya sampai berair atau bernanah serta boleh melibatkan kawasan muka dan kepala.
Kebiasaanya, golongan dewasa yang sihat, ruam tidak banyak kelihatan serta tidak melibatkan kawasan muka dan kepala. Tetapi berbeza dengan kanak-kanak/orang tua, ruam lebih banyak dan adakalanya sampai berair atau bernanah serta boleh melibatkan kawasan muka dan kepala.
Kalau scabies tidak dirawat, apakah akibatnya?
1. Jangkitan bacteria seperti impetigo atau sepsis (jangkitan kuman dalam darah)
2. Radang kulit, terutamanya bagi mereka yang mempunya atopik ekzema: ekzema akan semakin teruk walaupun telah diberi rawatan scabies.
2. Radang kulit, terutamanya bagi mereka yang mempunya atopik ekzema: ekzema akan semakin teruk walaupun telah diberi rawatan scabies.
Bagaimana cara scabies dirawat?
1. Rawat jangkitan bacteria dahulu (jika ada)
Antibiotik biasanya diperlukan. Dan jika terdapat kawasan yang berair atau bernanah, perlulah dikeringkan dahulu menggunakan astringent seperti air garam dan potassium permanganat (AJ akan diulas lebih lanjut dalam post akan datang - stay tune ok!)
2. Scabicide (ubat scabies)
Kesemua ahli keluarga dan kontak yang dekat perlu dirawat sekali pada masa yang sama walaupun tiada tanda-tanda dijangkiti. Ingat tak AJ ada bagitau yang tanda-tanda ruam dan gatal tidak terus timbul selepas dijangkiti? Biasanya purata 3-4 minggu baru muncul tanda. Kalau ada ahli keluarga yang tidak dirawat, dia akan saling menjangkiti ahli lain yang telah dirawat kemudian hari. Jadi, cerita jangkit menjankiti ini akan tiada kesudahan.
Ada banyak ubat scabies, bergantung kepada peringkat umur. Tapi yang biasa digunakan ialah permethrin dan EBB (emulsion benzyl benzoate). Cara penggunaan secara umumnya:-
- Kanak-kanak: ubat perlulah disapu seluruh badan, manakala orang dewasa: hanya dari leher dan ke bawah sehingga ke kaki sudah memadai. (Kan AJ ada bagitau tadi scabies di kalangan kanak-kanak melibatkan kepala dan muka, berbeza dengan orang dewasa)
- Kawasan pelipat seperti ketiak, pelipat tangan, kelengkang, kemaluan dan pusat perlulah diberi perhatian lebih dan disapu lebih banyak ubat.
- Lagi sekali, rawatan haruslah melibatkan seluruh ahli keluarga dan kontak yang dekat pada masa yang sama.
Berikut adalah jadual ubat dan cara penggunaan yang telah saya ringkaskan:-
3. Ubat tahan gatal
Disebabkan scabies ini sangat gatal, dan makan masa 2-4 minggu untuk hilang rasa gatal walaupun scabies telah dirawat sepenuhnya, eloklah ambil sedikit ubat tahan gatal (antihistamine) agar tidur lebih aman.
4. Kain baju
Semua pakaian, cadar, tuala, tilam, karpet perlulah dikeringkan bawah matahari/ hot dryer. Kalau tak sia-sia je korang lakukan langkah-langkah di atas - confirm akan dijangkiti balik semula. Sebab hama scabies ni boleh hidup di kain baju selama 1-2 hari lamanya.
Okay, itu sahaja daripada AJ buat masa ni. Harap boleh rawat penyakit berjangkit ini. Sebarang kekeliruan boleh sahaja bertanya, AJ akan cuba jawab (kalau tahu). Orait!! Assalamualaikum...
Comments
Post a Comment