Kurap Kepala - Rambut Anak Botak dan Berkeruping?

Ruam merah atau gelap serta berhabuk (scaly) pada kepala anak?

Rambut pun gugur juga dekat tempat yang sama sehingga botak?

Bermula dengan satu tompokan dan kemudiannya semakin banyak tompokan yang lain. Makin botak anak aku, macam mana ni??!!

Ini lah tanda-tanda kurap kepala (Tinea Capitis)

Kurap kepala (Tinea Capitis) ialah jangkitan kulat pada kepala. Biasanya kanak-kanak yang mudah dijangkiti, lebih-lebih lagi mereka yang suka peluk cium kucing atau terdapat rakan-rakan di sekolah atau taska yang mempunyai penyakit yang sama.


Jika dibiarkan tanpa rawatan, kulit kepala akan bernanah serta berair dan timbul menjadi boggy. Keadaan ini dikenali sebagai Kerion. Kanak-kanak tersebut mungkin akan demam, dan kelenjar limfa pada leher dan kepala turut akan bengkak.

Apakah rawatan Tinea Capititis/ Kerion?

Jangan risau, walaupun kulit kepala bernanah sekali pun, tiada pembedahan diperlukan.

I) Ketonazole shampoo

Jika tiada tanda jangkitan bakteria (bernanah atau berair), shampoo dan ubat sapu antikulat sudah mencukupi. Ada banyak brand ketonazole shampoo di pasaran, boleh dapatkan di mana-mana farmasi.
Cara pemakaian: Basahkan kulit kepala, sapu ketonazole shampoo, biarkan selama 5-10 minit dan bilas. Gunakan setiap hari untuk 1-2 minggu yang pertama, kemudian 2-3 x seminggu sehingga pulih.

II) Krim antikulat eg Miconazole Cream

Untuk krim ini, pergi sahaja farmasi - pun ada banyak jenis brand juga.
Cara pemakaian: Sapu pada kawasan terlibat, hendaklah melebihi bingkai kawasan (margin) sebanyak 2cm. Sapu 2 x sehari sehingga pulih.

x

Jika berair, bernanah atau timbul keluar serta demam, sila dapatkan rawatan doktor bertauliah. Selain daripada shampoo dan krim sapu:-

III) Antibiotic

Antibiotik akan diperlukan untuk bacteria. 

IV) Antifungal

Ubat makan antikulat  (eg terbinafine, griseofulvin, itraconazole) juga diberikan - untuk tempoh 4-6 minggu.

V) Systemic steroid

Kadang kala steroid (prednisolone) makan juga akan diberikan untuk 1 -2 minggu bagi mengurangkan radang dengan cepat.

VI) Estringent

Estringent seperti air garam atau normal saline boleh menyerap nanah atau kawasan yang berair supaya ia kering.
Kawasan bernanah atau berair juga perlu dikeringkan sebelum sapu sebarang ubat. Cara mudah sahaja, gunakan kain yang telah dibasahkan dengan air garam atau normal saline, kemudian tekap pada kawasan terlibat (macam pakai masker muka tau) selama 15 minit. Lakukan 3 kali sehari sehingga kering, lepas tu barulah boleh sapu ubat.

(P/s:- Dan jangan bimbang, kawasan botak akibat jangkitan kurap kepala ini akan tumbuh rambut semula sebaik sahaja kurap kepala telah dirawat ^_^)




Comments

Popular Posts