Ruang Tamu

Baru pindah rumah?

Ruang tamu kecil dan terhad?

Kebanyakan rumah taman di Malaysia adalah jenis teres setingkat dan memanjang, berukuran lebih kurang 20' - 22' (lebar) x 50' - 70' (panjang). Kalau berdiri di muka pintu masuk rumah tu rasa macam terowong atau bowling alley pulak, betul tak??


Okey, untuk post kali ni AJ nak share sedikit hiasan dalaman ruang tamu. Kawasan kecil memang satu cabaran yang besar. Ruang tamu ialah antara tempat yang paling banyak kita akan luangkan masa bersama keluarga dan sudah pastinya tetamu kita. So, macam mana kita nak sumbat perabot serta tempat duduk dan pada masa yang sama elakkan ruang tersebut menjadi sesak dan serabut? Apakah jenis perabot yang perlu kita pilih? Dan bagaimana menyusun atur perabot-perabot tersebut?

1. Cermin

Menggantung cermin dinding bukan sahaja menarik pandangan mata kita ke atas, malah ia juga memantul cahaya, dan membuatkan bilik kelihatan lebih terang dan luas. Bingkai cermin juga perlu diberi perhatian agar serasi dengan perabut dan warna dinding.

2. Perabot 'lutsinar'

Meja kopi berpermukaan kaca atau acrylic boleh memberi ilusi meja tersebut tidak wujud dan nampak kosong di bahagian tengah ruang tamu.

3. Sofa

Sofa tanpa armrest dan slim serta mempunyai kaki juga boleh membuatkan ruang tampak lebih besar. Desain slimline turut membantu. Elakkan sofa yang sangat besar atau bulky, kerana ia membuat ruang lebih sesak.


Gunakan sofa tanpa tempat sandar, lebih-lebih jika ingin letakkan ia di kawasan tengah.

4. Perabot multifunction

Makin banyak fungsi perabot makin kurang perabot yang perlu dibeli - jimat kos dan ruang! Sebagai contoh ottoman boleh digunakan sebagai tempat simpan barang dan meja, atau boleh dijadikan kerusi extra bila diperlukan.

5. Perabot built-in

Almari dan rak built-in terus boleh mengelakkan perabot-perabot kecil yang banyak, segali gus mengurangkan kesesakan. Televisyen juga boleh disimpan ke dalam almari sliding jika tidak digunakan.

6. Dekorasi menghala ke atas

Bagi ruang yang mempunyai syilling yang tinggi, hiasan dinding boleh menarik perhatian memandang ke bahagian atas dan memberikan ilusi lebih lapang. Selain daripada itu, ruang lantai juga boleh dijimatkan dengan meletakkan rak di dinding secara vertikal.


Sharing: Bagi sesiapa mempunyai ruang tamu terhad, marilah berkongsi hasil hiasan sebagai inspirasi dan rujukan bersama di ruangan komen. Jumpa lagi dalam next post. Salam sayang, muaahh!!

Comments

Popular Posts