Pada umur 20-an, ia perkara biasa bila rupa kamu sangat mengancam
Dan bila kamu berumur 30-an, mula lah rasa bermacam-macam
Bila berumur 40-50-an, kamu akan terasa terancam
Paling menyayat hati bila kamu mencecah 60-an, orang langsung tak boleh nak cam!!
Huhu. Ketawa terbahak-bahak aku bila penceramah pakar kulit bagi
talk hari tu.
USIA DAN UMUR
AJ yakin dan pasti ini adalah salah satu perkara yang merunsingkan kita semua kaum wanita. Kalau boleh kita nak stay kelihatan muda. Bila terbayang kulit kita makin berkedut, kering, tona tak sekata, nipis dan menggedebeh...urghhh!!! Sedih dan takut pulak. Mula lah sesi pergi pusat kecantikan dan klinik aesthetik, beli macam-macam produk kecantikan, buat facial, laser dan ada yang lebih extreme cucuk sana sini and even surgery.
Orang kaya boleh lah. Eh? Mana ada, orang yang tak kaya pun buat jugalah. Sanggup berhabis berpuluh ribu dan ikat perut - hanya untuk kecantikan. Betul tak?
So let me share some economic tips to delay our aging process. Kita semua akan berusia dan semakin tua, tapi kita boleh lambatkan sikit proses tu. Lets make age is just a number.
9 TIPS MUDAH MELAMBATKAN PROSES PENUAAN
1. Makanan yang seimbang dan sihat
2. Sentiasa minum air yang banyak. Minima 8 gelas sehari.
3. Amalkan senaman sentiasa
4. Jauhi rokok dan pengambilan alcohol
5. Bersihkan kulit dengan lembut. Pilih sabun yang lembut dan lebih bagus jika ada moisturizer effect. Elakkan mandi terlampau lama (max 15min) dan gunakan air yang suam berbanding panas.
6. Pelembab!!! Sentiasa sapu pelembab especially lepas mandi
7. Tidur yang cukup. Masa tidur lah proses pemulihan berlaku. Tip ni yang paling AJ nak, tapi langkah ini jugak lah yang paling susah sekali nak tercapai huhu.
8. Kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari. Elakkan berjemur pada jam 11am-4pm. Sentiasa pakai topi dan pakaian lengan panjang serta payung. Dan selalu lah pakai sunblock (sekurang-kurangnya SPF 15)
9. Jika ada masalah kulit seperti gatal/ruam/merah-merah yang teruk boleh lah berjumpa dengan doktor kulit. Jerawat yang teruk boleh meninggal parut kekal, menggaru kulit akibat gatal secara kronik juga boleh menyebabkan parut dan menjadikan kulit tebal menggerutu seperti kulit katak! Jadi dapatkan rawatan segera!
Wokeh!! Jom kita amalkan semua ini. Semoga awet muda semuanya. Muahhhh~
- THE SECRET OF ETERNAL YOUTH IS ARRESTED DEVELOPMENT - (Alice Roosewell Longworth)
Comments
Post a Comment